Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas

Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas
link : Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas

Baca juga


Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas

 
Azalina berkata tindakan pihak pembangkang memperbesarkan isu 1MDB menunjukkan mereka ketandusan isu untuk dibawa ke Parlimen.


azalina-dob-1mdb1


KUALA LUMPUR: Tindakan pihak pembangkang yang mendakwa Parlimen sengaja menyembunyikan keterangan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak berasas, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata dakwaan tiada 1 soalan pun berhubung 1MDB dijawab adalah tidak tepat kerana terdapat 4 soalan mengenai 1MDB iaitu daripada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Kelana Jaya, Seremban dan Segambut yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

“Soalan-soalan yang tidak tersenarai mungkin berada dalam pertimbangan mahkamah atau bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan pihak pembangkang memperbesarkan isu itu menunjukkan mereka ketandusan isu untuk dibawa ke Parlimen, sedangkan mereka harus memberi keutamaan kepada isu rakyat setempat di kawasan masing-masing dan bukannya mengitar semula isu sama.

“Saya berharap semua anggota Parlimen khususnya pembangkang memanfaatkan tempoh 12 hari persidangan ini serta mematuhi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, sesi soal jawab pada hari pertama sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas beberapa anggota Parlimen pembangkang mempertikaikan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak pertanyaan mereka berkenaan isu 1MDB.

Menurut Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said, penolakan pertanyaan soal jawab lisan itu pada sesi Dewan Rakyat kali ini, antara lain adalah disebabkan faktor subjudis.

Ismail berkata keputusan penolakan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan ia adalah muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat 99.


from DIALOG RAKYAT http://ift.tt/2tydo1Z
By Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas

Sekianlah artikel Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/07/azalina-tuduhan-parlimen-sembunyikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azalina: Tuduhan Parlimen sembunyikan isu 1MDB tak berasas"

Catat Ulasan