BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?

BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?
link : BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?

Baca juga


BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) kesal dengan kenyataan terbaru Pengarah Nasional Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, yang secara berterus terang mengunjurkan strategi memanipulasikan undi berdasarkan kaum untuk memenangkan DAP dan PH dalam PRU 14 akan datang. Beliau membuat kenyataan sedemikian di dalam The Edge yang diterbitkan pada 19 Jun 2017 yang lalu. Tindakan memanipulasikan undi berdasarkan kaum ini memaparkan sikap perkauman yang masih menebal pada DAP.

Di dalam laporan The Edge tersebut, Liew Chin Tong menyebut untuk mengalahkan parti Melayu seperti UMNO dan PAS di kawasan majoriti Melayu antara 60% hingga 70%, strategi menyatukan pengundi bukan Melayu dan memecahkan pengundi Melayu perlu dilakukan. Sekiranya PH berjaya melakukan strategi tersebut, mereka boleh merampas sehingga 43 kawasan parlimen yang bermajoriti Melayu-Muslim daripada UMNO atau PAS. Dengan 43 kerusi tersebut, PH diyakini boleh menguasai Malaysia selepas PRU 14.

PPP bertegas kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari seorang pimpinan DAP yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Nasional Pendidikan Politik. Seharusnya, beliau sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas pendidikan politik, mendidik rakyat untuk tidak mengundi berasaskan kecenderungan kaum. Tindakan untuk mewujudkan polarisasi undi berdasarkan kaum bukan sahaja menggugat integrasi nasional, tetapi juga boleh mengancam kestabilan politik negara.
Lebih dikesalkan lagi, strategi politik yang diunjurkan oleh beliau untuk PH, mempunyai niat memecahkan pengundi-pengundi Melayu supaya undi mereka tidak menjadi penentu di kawasan-kawasan yang bermajoriti Melayu. Secara tradisinya, kawasan-kawasan yang bermajoriti Melayu termasuk antara 60% hingga 70% ini, diwakili oleh parti-parti Melayu-Muslim seperti UMNO atau PAS. Sudah pasti strategi yang diunjurkan oleh DAP dan PH ini akan menimbulkan persoalan, adakah DAP dan PH mahu melaksanakan 'pecah dan perintah'?

Sebelum ini PPP sememangnya menjangkakan strategi seperti ini akan diambil oleh DAP dan PH untuk mereka menguasai Malaysia walaupun tanpa mendapat mandat majoriti pengundi Melayu-Muslim. Dengan kenyataan Liew Chin Tong tersebut, mengesahkan apa yang PPP jangkakan. PPP ingin mengingatkan PH, tanpa mandat majoriti Melayu-Muslim, mana-mana gabungan yang memerintah akan menjadi kerajaan yang tidak stabil. Dengan erti kata lain, strategi itu adalah jalan pintu belakang menguasai Malaysia.

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

from 1 Malaysia http://ift.tt/2vfhf7T
By Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?

Sekianlah artikel BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA? dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/07/benarkah-dap-amalkan-strategi-pecah-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?"

Catat Ulasan