Judul : TIADA SIAPA YANG TAKUT PADA ORANG TUA, CUMA…
link : TIADA SIAPA YANG TAKUT PADA ORANG TUA, CUMA…
TIADA SIAPA YANG TAKUT PADA ORANG TUA, CUMA…
Penulis ketawa. Bukan pertama kali berdepan dengan soalan-soalan sinis dari warga emas itu. Sudah berkali-kali. Malah lebih sinis secara berdepan di sebelahnya pun pernah. Dan kali ini dia bertanya soalan sinis lagi…
Dia bertanya, takutkah untuk Perdana Menteri atau Menteri berdebat dengannya secara terbuka? Dia gunakan sentimen usia untuk mencabar. Merujuk dirinya sebagai seorang yang sudah tua, dia cuba memancing orang lain untuk memenuhi serakah politiknya.
Pada pandangan penulis, tiada siapa pun yang takut pada orang tua. Malah lebih tepat lagi, tiada sesiapa pun patut takut pada mana-mana makhluk di dunia ini. Umat Islam misalnya, kita sepatutnya hanya takut pada Allah SWT. Jadi tidak timbul untuk takut pada ‘orang tua’ atau tidak.
Enggan hadir ke program ‘Nothing To Hide’ saja sudah dianggap sebagai penakut? Adilkah begitu? Pada penulis, tuduhan seperti itu hanya sekadar lontaran persepsi semata-mata, tanpa menggambarkan realiti sebenar tentang apa yang berlaku.
Pada hemat penulis, tiada faedahnya untuk menyahut cabaran itu sama ada kepada kerajaan, negara, rakyat mahupun Islam itu sendiri. Ia mungkin akan memburukkan keadaan bagi seorang warga emas yang mempunyai masalah jantung dan hanya bergantung pada kuasa elektronik. Bahaya jika ada yang tiba-tiba ‘kejang’ dan terpaksa dikejarkan ke IJN…
Apakah wajar untuk melayan kerenah dan bertengkar dengan seorang ‘kanak-kanak’ yang tidak matang? Apakah rasional untuk berdebat dengan seorang yang dilihat ramai pihak sebagai seorang yang sudah hilang pertimbangan rasional dan ‘kaput’ mindanya?
Pada penulis, sia-sia saja melayan kehendak orang seperti itu. Lebih banyak lagi tugas dan tanggunjawab untuk dilakukan berbanding melayan sikap tidak cerdik seorang warga emas yang bergantung pada ‘fakta’ Sarawak Reports.
Apatah lagi untuk mendengar pandangan dari pihak yang sebelum ini memperlekeh usaha menegakkan syiar Islam. Ditolak bulat-bulat dari sebesar-besar perkara seperti hudud, hinggalah ke peringkat kecil seperti pisau cukur, apakah wajar dilayan orang seperti itu?
Sekiranya penulis berada ditempat Menteri atau Perdana Menteri, penulis sendiri pun takkan melayan kerenahnya. Bukan kerana takut atau gerun, tapi malas. Malas untuk bercakap dengan orang tua yang suka merepek-repek di usia senja…
Cuma, penulis mungkin akan memberi jawapan yang sopan padanya. Adalah lebih bagi seorang umat Islam yang mengaku Islam itu memberi tumpuan kepada memperbanyakkan ibadah pada usia yang sudah terlalu tua. Usahlah membazir ‘masa-masa kecederaan’ itu dengan menipu orang ramai dengan ‘fakta’ tidak benar demi kepentingan politik.
Dia sepatutnya kembali ke perjuangan asal seorang hamba Allah sebagaimana PAS yang mencari redha Allah. Sudah diberi peluang selama 22 tahun, kerusi Perdana Menteri bukanlah satu warisan untuk keluarganya sahaja. Orang lain pun layak juga…
Seterusnya, jika sudah bersara, buatlah sebagaimana sudah benar-benar bersara. Tidak perlulah menipu dan mempergunakan rakyat kononnya terpanggil berjuang semula demi mereka. Taktik itu pernah diguna Anwar Ibrahim, menang satu kerusi saja di Permatang Pauh…
Dekatkanlah diri dengan Allah. Bertaubatlah seikhlas-ikhlasnya kerana diyakini bahawa terdapat banyak kepincangan selama lebih 30 tahun berpolitik dan 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini. Kemudian, mohonlah maaf dari rakyat atas segala kesalahan, bukan hanya berhubung isu pecat Anwar dan lantik Pak Lah sahaja…
Ingatlah bahawa dari tanah kita datang dan kita juga akan kembali sebagai tanah di dalam tanah. Tidak kira berapa tahun jadi Perdana Menteri atau tukang kebun, soalan-soalan ‘cepumas’ sedang menanti di dalam kubur. Sediakah dia menjawab? Atau dia akan tetap berpolitik dan menipu malaikat yang lebih tua depannya?

from 1 Malaysia http://ift.tt/2tCGHVn
By Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel TIADA SIAPA YANG TAKUT PADA ORANG TUA, CUMA…
Sekianlah artikel TIADA SIAPA YANG TAKUT PADA ORANG TUA, CUMA… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TIADA SIAPA YANG TAKUT PADA ORANG TUA, CUMA… dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/07/tiada-siapa-yang-takut-pada-orang-tua.html
0 Response to "TIADA SIAPA YANG TAKUT PADA ORANG TUA, CUMA…"
Catat Ulasan