Judul : Umno Kedah yakin 'tsunami Cina' berpihak kepada BN
link : Umno Kedah yakin 'tsunami Cina' berpihak kepada BN
Umno Kedah yakin 'tsunami Cina' berpihak kepada BN
ANTARAPOS.COMJITRA: Umno Kedah yakin akan berlaku ‘tsunami Cina’ yang memihak kepada BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak berikutan pengundi Cina hilang keyakinan terhadap DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keyakinan pengundi Cina kepada DAP juga merosot selepas menyaksikan suasana di Pulau Pinang yang diteraju parti itu.
Umno Kedah juga yakin akan berlaku ‘tsunami Melayu’ pada PRU nanti kerana keyakinan mereka terhadap BN semakin meningkat, katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Agung Perwakilan Tahunan kali ke-5 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B) di Jitra, hari ini.
Turut hadir Presiden Alumni Belia 4B Malaysia Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Mengulas isu berkaitan, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah, berkata BN negeri tidak gentar sekiranya Dr Mahathir mahu bertanding di negeri itu termasuk di Langkawi.
“Langkawi atau Kubang Pasu atau tidak kira di mana dia (Dr Mahathir) bertanding, kami tidak gentar malah mengalu-alukannya. Tetapi dia perlu ingat, BN di Langkawi tidak akan tergugat kerana rakyat di sana akan buat keputusan yang terbaik untuk Langkawi sendiri,” katanya.
from DIALOG RAKYAT http://ift.tt/2ur8mpi
By Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Umno Kedah yakin 'tsunami Cina' berpihak kepada BN
Sekianlah artikel Umno Kedah yakin 'tsunami Cina' berpihak kepada BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno Kedah yakin 'tsunami Cina' berpihak kepada BN dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/07/umno-kedah-yakin-tsunami-cina-berpihak.html
0 Response to "Umno Kedah yakin 'tsunami Cina' berpihak kepada BN"
Catat Ulasan