Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?

Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?
link : Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?

Baca juga


Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?

Khairul Amir

Calon Muda


SETIAP parti politik kini pastinya sedang menyiapkan senarai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ini kerana, penggal PRU-13 sudah berada di penghujungnya. Namun, bila Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dibubarkan masih teka-teki.

Kini rakyat, pengundi dan barisan kepimpinan parti politik semuanya sedang menunggu tarikh pembubaran itu sebelum diumumkan tarikh PRU-14.

Apabila dibubarkan kelak, pasti ramai pihak atau individu yang melobi untuk menjadi calon sesebuah parti politik.

Itu sudah lumrah dalam politik.

Sedangkan ketua kampung atau tok empat pun enggan melepaskan jawatan, inikan pula seorang wakil rakyat.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang akan melobi untuk menjadi calon.

Tetapi, setiap parti politik pastinya mempunyai kriteria tersendiri dalam pemilihan calon terutama calon yang disebut sebagai ‘winnable candidate’.

Semua parti politik pastinya mahu meletakkan ‘winnable candidate’ bagi meraih kemenangan dan kuasa untuk memerintah.

Tetapi, itu belum boleh menjadi faktor utama kemenangan. Ia perlu diberi nilai tambah supaya keyakinan untuk menang itu menjadi le­bih tinggi lagi.

Apakah nilai tambah berkenaan?

Perkara paling penting kepada semua parti politik dalam PRU-14 akan datang adalah meyakinkan pengundi.

Tidak cukup dengan hanya menampilkan ‘winnable candidate’ semata-mata.

Perkara ini dilihat lebih kukuh jika ditambah dengan penampilan pemimpin muda yang diketengahkan parti politik.

Setiap parti politik perlu membuka ruang lebih luas kepada barisan muda untuk diketengahkan dalam PRU-14.

Hal ini pen­ting ke­rana citarasa pengundi muda pada ketika ini amat berbeza dengan gene­rasi sebelum ini.

Mereka mudah mendekati pemimpin muda yang dianggap lebih memahami keperluan dan kepentingan mereka.

Bukan hendak menafikan pemimpin senior dan veteran, tetapi realiti politik hari ini memerlukan kepada lebih ramai calon muda yang berketerampilan.

Apa pula peranan pemimpin senior dan veteran?

Mereka sebenarnya boleh bertindak sebagai mentor atau guru politik kepada pemimpin muda.
Pemimpin senior dan veteran yang tetap dicalonkan dalam PRU-14 pula boleh menjadi role model kepada calon junior yang bakal diketengahkan.

Dengan cara itu, akan berlaku proses transisi kepimpinan dan pendidikan politik secara terancang dan teratur.

Hal ini dapat mengelak konflik kepimpinan bahkan sokongan diperoleh secara berterusan daripada pengundi muda.

Persoalannya, adakah parti-parti politik di negara ini bersedia membawa masuk calon muda dalam PRU-14?

Bersediakan Barisan Nasional (BN) untuk mengenengahkan lebih ramai calon muda pada PRU-14?

Melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini, sewajarnya BN perlu berani menampilkan ramai calon muda.

Siapakah yang boleh mendukung aspirasi dan matlamat negara untuk masa hadapan misalnya TN50?

Tidak lain tidak bukan, di tangan pemimpin muda sama ada dalam BN atau di luar BN.
Jadi, apa sahaja kehendak, kepentingan dan impian belia di Malaysia perlu diambil kira sebagai pengisian dan wadah dalam TN50 nanti kerana merekalah bakal mencorakkan keadaan negara pada masa hadapan.

Cuma berani atau tidak parti politik terutama BN untuk berbuat demikian?

Tiada ruginya jika parti politik mencalonkan ramai pemimpin muda terutama yang dikenal pasti sebagai ‘winnable candidate’.

Jika dilihat pada statistiknya, pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau lebih 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini.

Kedudukan pengundi muda ini sebenarnya unik kerana agak sukar untuk mengenal pasti sokongan golongan ini, sama ada berpihak kepada parti kerajaan ataupun pembangkang. Mereka lebih suka dilihat berkedudukan di atas pagar.

Kajian lalu membuktikan 62 peratus pengundi muda tidak menyokong sesiapa, mereka hanya akan menentukannya ketika hari pengundian berlaku.

Jadi, apakah strategi yang boleh digunakan oleh BN untuk memancing golongan ini?
Mungkin salah satu caranya adalah dengan menampilkan calon muda.

Tidak dinafikan setiap tindakan itu pasti ada risikonya. Namun, jika tidak berani mencuba, bila lagi masanya?

Jangan pula menyesal kemudian hari jika tewas kerana meletakkan calon orang lama yang tidak digemari pengundi muda.



from DIALOG RAKYAT http://ift.tt/2tZhuV4
By Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?

Sekianlah artikel Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14? dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/08/beranikah-bn-letak-lebih-ramai-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Beranikah BN Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU Ke-14?"

Catat Ulasan