Judul : DAKWA PILIHAN RAYA KOTOR, PEMBANGKANG TERDESAK ULANGI SKRIP BUSUK YANG LAPUK – MAS ERMIEYATI
link : DAKWA PILIHAN RAYA KOTOR, PEMBANGKANG TERDESAK ULANGI SKRIP BUSUK YANG LAPUK – MAS ERMIEYATI
DAKWA PILIHAN RAYA KOTOR, PEMBANGKANG TERDESAK ULANGI SKRIP BUSUK YANG LAPUK – MAS ERMIEYATI
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin membidas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang mendakwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang adalah pilihan raya paling kotor dalam sejarah dek kerana teruk dan penuh manipulasi daripada Barisan Nasional (BN).
Dakwaan tersebut tambahnya bukan sahaja mengulangi skrip busuk yang lapuk setiap kali pilihan raya hampir tiba malah memperlihatkan pembangkang kini cukup-cukup terdesak.
Jelas beliau lagi, jika benar pilihan raya tidak telus dan kotor, mana mungkin BN kehilangan apa yang pernah dimiliki dahulu dan mana mungkin pembangkang berjaya menguasai negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
“Bagi saya kenyataan Nurul Izzah ini sesuatu yang menjijikkan dan penuh retorik. Dia cuba memanipulasikan minda rakyat kerana perkara sebegini pernah terjadi pada PRU-13 dulu dengan tuduhan kononnya wujud 40 ribu pengundi Bangladesh dan akhirnya terbukti ini hanya reka cipta pembangkang yang cuma untuk menakut dan mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan sedia ada.
“Inilah tugas pembangkang yang telah terbukti dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli iaitu tugas mereka untuk menghasut rakyat tidak kira betul atau tidak.
“Oleh itu saya amat berharap tidak ada yang percaya dengan fitnah dan momokan pembangkang ini. Jika benar tuduhan ini mana mungkin dulu kita kehilangan sebahagian yang pernah kita ada… maka tepuk dada tanya selera,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Titiwangsa semalam.
Selain itu dalam ucapan perasmiannya pula Mas Ermieyati menyeru agar Puteri UMNO tidak hilang fokus dalam membantu gerak-kerja parti kerana hari ini parti sedang dicabar oleh pembangkang yang jahat dan suka menabur fitnah.
“Oleh itu Puteri harus kerja kuat dan bersama-sama membantu parti menyebarkan berita benar kepada rakyat agar rakyat tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan BN,” katanya lagi. – MediaUMNO

from 1 Malaysia http://ift.tt/2udxNJj
By Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel DAKWA PILIHAN RAYA KOTOR, PEMBANGKANG TERDESAK ULANGI SKRIP BUSUK YANG LAPUK – MAS ERMIEYATI
Sekianlah artikel DAKWA PILIHAN RAYA KOTOR, PEMBANGKANG TERDESAK ULANGI SKRIP BUSUK YANG LAPUK – MAS ERMIEYATI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAKWA PILIHAN RAYA KOTOR, PEMBANGKANG TERDESAK ULANGI SKRIP BUSUK YANG LAPUK – MAS ERMIEYATI dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/08/dakwa-pilihan-raya-kotor-pembangkang.html
0 Response to "DAKWA PILIHAN RAYA KOTOR, PEMBANGKANG TERDESAK ULANGI SKRIP BUSUK YANG LAPUK – MAS ERMIEYATI"
Catat Ulasan