Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu

Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu
link : Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu

Baca juga


Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu

Sayap pemuda parti ‘cap bunga’, Armada baru-baru ini mendakwa mereka memiliki 200,000 keahlian, 55 peratus daripadanya berusia di bawah 35 tahun dan anggotanya yang paling tua pun hanya lahir pada tahun 1982.

Armada mendakwa, anak muda ramai menyertai parti ‘cap bunga’ adalah disebabkan ketokohan Mahathir. Hujahnya ialah mereka membesar dan menyaksikan pembangunan pesat di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan penulis, apalah yang mereka tahu jika tahun 1997-1998 pun baru berusia 6 tahun berbanding mereka yang berusia 18 hingga 35 tahun pada tahun huru-hara itu. Mereka masih di tadika dan mungkin masih menyusu.

Mungkin mereka mendapat maklumat dari cerita orang dan internet tentang apa yang berlaku sepanjang zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, namun penulis yakin mereka tidak dapat menyelami apa yang berlaku sepanjang waktu ‘diktator’ itu memerintah.

Jika dihujahkan Mahathir membawa pembangunan pesat selama 22 tahun, apakah tiga lagi Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein yang mentadbir lama tempoh 24 tahun tidak membawa pembangunan pesat juga?

Pada pandangan penulis, seorang yang memerintah selama Mahathir memerintah maka sudah pasti mampu melakukan pembangunan. Namun bentuk atau kaedah pembangunan itu terpulang kepada Perdana Menteri tersebut.

Mahathir memilih perindustrian, pensyarikatan, penswastaan, perkorporatan dan sebagainya, sekaligus mengubah landskap negara yang berasaskan pertanian sebelumnya. Itu tidak dinafikan adalah satu tindakan yang biasanya diambil oleh negara membangun.

Benar, kita tidak pernah menafikan jasa Mahathir sebagaimana jasa Almarhum Tunku, Tun Razak, Tun Hussein atau Tun Pak Lah. Pada penulis, setiap Perdana Menteri berjasa mengikut zaman masing-masing. Itu memang normal.

Namun begitu, Mahathir juga punya banyak kelemahan dan buruknya sepanjang 22 tahun memerintah berbanding empat lagi Perdana Menteri berdasarkan tempoh pentadbiran mereka yang singkat. Sanggup terima?

Pertamanya, Mahathir jadi Perdana Menteri kerana UMNO, bukan kerana dia Mahathir. UMNO yang menjadikan dia Presiden dan dia kemudian diberi kuasa sebagai Perdana Menteri. Dengan kuasa Perdana Menteri itulah juga dia lakukan apa yang dia suka ketika dia memerintah.

Satu dunia mengenali Mahathir sebagai seorang ‘diktator’ dan ‘kuku besi’. Jangankan pembangkang, malah menteri kabinet sendiri pun takut padanya. Apatah lagi ketua-ketua bahagian UMNO dan parti-parti komponen yang tiada autoriti sepertinya, bukan?

Peralatannya mudah. Propaganda negara memang di bawah kawalannya. Hingga kini, masih ada penulis di zamannya yang masih ‘mendedakkan diri’ kepadanya. Cuba periksa ketika dia berdepan krisis perlembagaan 1983 dan 1988, skandal-skandal panas seperti BMF, buku Barry Wain, MAS, Bakun, Perwaja, Maminco dan banyak lagi, adakah ada media ketika itu memihak kepada pembangkang?

Dari sudut agama, cuba lihat pada anak sulungnya. Tidak perlu pergi terlalu jauh kepada isu ‘pisau cukur Gillete’ atau draf-draf hudud PAS yang ditolak mentah-mentah. Cuba lihat ideologi yang didokong anak ‘Maha Maksum’ itu. LGBT pun jadi perjuangannya, apatah lagi perkara lain, bukan?

Dari sudut politik pula, orang lain serba tak kena, hanya dia saja yang betul. Dari muda dia sudah perlihat perangai itu dan bila sudah berkuasa, makin teruk jadinya. Cuba lihat isu Almarhum Tunku, Ku Li, arwah Tun Ghafar Baba, Anwar, Pak Lah dan kini Najib.

Cuma dengan Tun Razak, ayahanda kepada Najib sahaja dia tidak ‘melawan’ kerana beliaulah yang kutip Mahathir dari ‘gelandangan’ dan diangkat menjadi Menteri. Itupun Mahathir gagal ketika demonstrasi mahasiswa dan demonstrasi Baling pada 1974.

Di dalam politik luaran pula, Ops Lalang jadi taruhan. Cubalah ‘derhaka’ padanya, nescaya Kamunting jadi tempat ‘penderhaka’ menginap. Akta ISA menjadi satu kebiasaan bagi ahli politik yang menongkah arus perintah Mahathir ketika itu.

Dengan kuasa tertinggi eksekutif, dia mengawal semua menteri kabinet. Melawan ertinya ‘gugur’ dari jawatan. Jika setakat penjawat awam hatta di peringkat tertinggi pun, mereka hanya ‘sayur-sayuran’ padanya. Setakat ditukar ke pendalaman, itu perkara biasa di zamannya.

Malah, meskipun Mahathir sepatutnya tidak mencampuri urusan badan judiciary (kehakiman) yang tertakluk pada konsep ‘separation of powers’, Ketua Hakim Negara pun dibuangnya. Tapi seperti biasa, dia ‘tidak salah’, tapi dipersalahkan pula Yang DiPertuan Agong…

Hidup rakyat tidak menderita? Siapa kata? Walaupun rakyat sedikit jumlahnya ketika itu, ramai yang hidup susah. Jika kerja sebagai kerani, sebulan sekali pun payah untuk menjamah KFC. Apatah lagi hendak beli motosikal atau kereta.

Waktu itu rakyat rata-ratanya hanya mampu ‘melancong’ berkelah di air terjun berdekatan tempat masing-masing. Ke sekolah pun jalan kaki, di universiti pun jalan kaki. Nak beli pakaian sekolah pun ramai yang tidak mampu. Bantuan pun tidak ada. Cuma di zaman itu, sikap generasinya tidak suka mengeluh, merungut atau menyalahkan pihak lain…

Di zaman ‘pembangunan pesat’ Mahathir, rakyat majoritinya tidak mampu berbelanja. Hanya berbelanja untuk keperluan, bukan kehendak. Itupun barang keperluan yang bertaraf murah dan bukan barangan mewah. Beras pun yang murah sahaja.

Berbeza sekarang, budak di IPT pun ramai yang berkereta, malah ke sekolah pun menunggang motosikal. Inikan pula yang sudah berkerja, pantang ada slip gaji. KFC perkara biasa, Nando’s yang lebih mahal pun beratur pelanggannya. Starbuck, Dome dan sebagainya pun beratur panjang!

Zaman ini gajet dan internet menjadi satu kemestian. Jika tak cukup duit, anak-anak muda rela berhutang untuk menunjuk ‘kesusahan’ dan ‘tekanan kos sara hidup’ mereka di media sosial. Hilang telefon pintar bererti ‘kiamat’ hidup mereka…

Di zaman Najib, melancong ke luar negara menjadi rutin golongan pertengahan, manakala golongan bawahan memilih untuk melancong di dalam negara. Setakat hotel 5 bintang, biasanya penuh di musim cuti sekolah jika tidak ditempah awal. ‘Sengsara’ hidup akibat ‘kenaikan kos sara hidup’ terserlah!

Di zaman ini juga pantang ada ‘sales’. Tiga kali setahun tidak cukup, dijadikan 4 kali setahun ‘mega sales’. Tidak cukup membeli belah di pusat membeli belah, Lazada, Zalora dan banyak lagi ‘online shopping’ yang ada. Pisang tidak lagi digoreng, tapi dibeli di tepi jalan.

Bila ekonomi Malaysia diiktiraf sebagai yang paling kukuh dan berdaya saing di dunia, mereka persenda dan enggan percaya. Kononnya hidup mereka ‘susah’, ‘papa kedana’ dan seolah-olah ‘hampir mati kebuluran’. Mereka salahkan kerajaan, tapi tidak cermin diri sendiri.

Memang benarlah ekonomi Malaysia kukuh sebab kerajaan bijak berjimat di zaman serba tidak menentu, manakala ekonomi anak-anak muda sudah tentulah ‘koyak’ kerana asyik berlagak macam orang kaya! Pernah belajar ekonomi?

Berdasarkan realiti terkini, itulah yang berlaku sebenarnya. Sama ada mahu diterima atau tidak, itulah hakikat yang perlu ditelan. Suka ata tidak, itulah keadaannya. Malangnya, segelintir anak muda Armada ini dilihat terlalu taksub pada individu, bukan pada jati diri anak bangsa.

Terlalu lemah pemikirannya hingga mudah terpengaruh dengan hasutan berdasarkan fakta tidak benar dan separa tepat. Hasilnya, mereka rela membenci parti keramat yang membolehkan mereka selesa sekarang. Tidak mereka sedar, mereka hanyala bidak-bidak catur saja, tidak lebih dari itu…

from 1 Malaysia http://ift.tt/2f4NMr6
By Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu

Sekianlah artikel Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/08/kononnya-hebatnya-madey-memerintahbaca.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kononnya Hebatnya MADEY Memerintah....Baca Sini Dulu"

Catat Ulasan