Judul : Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis
link : Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis
Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis
Sumber badan kehakiman berkata Razak didakwa di Perancis berhubung dakwaan menerima sogokan dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
KUALA LUMPUR: Rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa di Perancis berhubung dakwaan menerima sogokan dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002, menurut sumber badan kehakiman kepada AFP hari ini.
Abdul Razak Baginda menasihatkan Najib semasa beliau menjadi menteri pertahanan antara 2000 dan 2008.
Najib menyelia urusjanji bernilai hampir €1 billion (RM5.06 bilion) untuk membeli 2 kapal selam kelas Scorpene dan 1 kapal selam kelas Agosta dari unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales.
Siasatan ke atas urusjanji itu dilancarkan pada 2010 sebagai respon kepada aduan daripada kumpulan hak asasi Malaysia, Suaram.
Sebahagian daripada urusjanji itu, DCN bersetuju untuk membayar €30 juta (RM151.81 juta) kepada unit Thales di Asia, Thales International Asia (Thint Asia).
Siasatan mendedahkan sebuah syarikat lain, Terasasi, di mana pemegang utama syarikat itu ialah Razak, menerima bayaran untuk kerja perundingan, tetapi penyiasat percaya ia sebenarnya sogokan.
Razak didakwa di Perancis pada 18 Julai dengan tuduhan “persubahatan secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, kata sumber badan kehakiman Perancis.
Empat eksekutif pertahanan Perancis sudah didakwa sejak siasatan bermula.
Mereka adalah 2 bekas pengerusi DCNI, Philippe Japiot dan Dominique Castellan, dan dua bekas ketua Thint Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier.
Keempat-empat lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadap mereka.
Penyiasat Perancis juga sedang melihat dakwaan €114 juta (RM576.86 juta) dibayar kepada syarikat kosong yang berpangkapan di Malaysia, Perimekar, dalam urusjanji itu. Syarikat tersebut ketika itu dikawal isteri Razak.
Bagaimanapun, pembayaran itu mungkin di luar bidang kuasa penyiasatan itu kerana ia tidak dibuat kepada sebuah syarikat Perancis.
Hal ini muncul secara hebat pada 2006, apabila seorang perempuan Mongolia yang dikenali Razak – yang dikatakan menuntut bayaran untuk kerja sebagai penterjemah bahasa dalam urusjanji itu – ditembak mati dan tubuhnya diletupkan dengan bahan peledak plastik berhampiran Kuala Lumpur.
Mahkamah Malaysia kemudian membebaskan Razak daripada tuduhan membantu pembunuhan itu, mengundang kecaman dan dakwaan menutup kebenaran oleh pembangkang.
Najib sedang bergelut dengan skandal penggubahan wang melibatkan dana pembangunan ekonomi negara 1MDB yang diasaskannya.
from DIALOG RAKYAT http://ift.tt/2vr1fjR
By Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis
Sekianlah artikel Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/08/scorpene-razak-baginda-didakwa-di.html
0 Response to "Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis"
Catat Ulasan