Judul : Siapa Mamat Ini !!!!!! Pendakwah bebas ditahan JAIS
link : Siapa Mamat Ini !!!!!! Pendakwah bebas ditahan JAIS
Siapa Mamat Ini !!!!!! Pendakwah bebas ditahan JAIS
SHAH ALAM: Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Wan Hussin dilaporkan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), malam tadi.
Menurut portal Malaysiakini, ketua biro agama pemuda PKR (AMK) itu mengesahkan beliau ditahan kerana berusrah tanpa tauliah.
"Bukan mengajar, berusrah tanpa tauliah di Selangor.
"Di salah sebuah surau di Petaling Jaya," katanya ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApps.
Terdahulu, Wan Ji berkongsi mengenai penahanannya melalui tulisan di laman Facebooknya semalam.
"Kena tangkap oleh JAIS lagi hari ini," katanya.
Wan Ji sebelum ini pernah ditahan JAIS pada 20 Februari 2015 atas dakwaan memberi kuliah tanpa tauliah di sebuah surau di Seksyen 17 Shah Alam.
Sementara itu, Wan Ji mengesahkan beliau sudah pun dibebaskan kira-kira jam 10.30 tadi susulan penahanan tersebut.
"Saya ditangkap oleh JAIS sejurus selesai solat isyak tadi (Ahad) di salah sebuah surau di Taman Dato Harun, Selangor atas dakwaan tidak memiliki tauliah.
"Saya tidak mengajar, tetapi saya anggap sekadar menyampaikan usrah. Terutama, saya tidak membawa sebarang kitab.
"Saya diberitahu oleh pihak JAIS, bahawa tangkapan ini ada aduan. Mereka tidak memberitahu siapa yang mengadu tersebut," katanya dalam kenyataan.
Tambah Wan Ji, dia diberitahu aduan tersebut dibuat oleh individu yang terlibat dengan sebuah parti politik, namun tidak tahu sejauh mana kebenaran perkara itu.
Sebagai rekod, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin juga pernah berdepan dakwaan mengajar agama Islam tanpa tauliah di negeri itu pada 2009.
Bagaimanapun, Mahkamah Syariah daerah Gombak pada 20 Mei 2014 membebaskan Asri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh.
Terdahulu, dalam tulisan berasingan di Facebook katanya, penahanan seumpama itu tidak pernah berlaku kepadanya ketika BN memerintah negeri Selangor.
"Semasa BN dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) jadi MB (menteri besar) Selangor, saya tidak pernah kena tangkap oleh JAIS," katanya.

from 1 Malaysia http://ift.tt/2uPd4Po
By Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Siapa Mamat Ini !!!!!! Pendakwah bebas ditahan JAIS
Sekianlah artikel Siapa Mamat Ini !!!!!! Pendakwah bebas ditahan JAIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siapa Mamat Ini !!!!!! Pendakwah bebas ditahan JAIS dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/08/siapa-mamat-ini-pendakwah-bebas-ditahan.html
0 Response to "Siapa Mamat Ini !!!!!! Pendakwah bebas ditahan JAIS"
Catat Ulasan