TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’

TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, Artikel TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’
link : TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’

Baca juga


TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’

Ada kawan yang berkata kepada saya, kalau kita mahu tahu apa sebenarnya agenda Islam Pakatan Harapan, jika benar ia ada, maka apa yang perlu dilakukan hanyalah melihat sahaja pemikiran Islam Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata saya kepada beliau pula, kalau kita mahu tahu apa sebenarnya pemikiran Islam Tun Dr Mahathir, maka apa yang perlu dilakukan hanyalah melihat sahaja tulisan-tulisan salah seorang daripada beberapa orang kawan rapat beliau, iaitu Dr Kassim Ahmad.

Saya sendiri telah membaca buku-buku tulisan Dr Kassim, di antaranya ialah sebuah buku bertajuk “Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam” yang diterbitkan pada tahun 2008, dengan kata pengantarnya ditulis sendiri oleh Tun Dr Mahathir.

Di dalam buku ini, Dr Kassim menulis mengenai betapa Tun Dr Mahathir, “dari awal, secara peribadi telah memberi sokongan” kepada buku “Hadis – Satu Penilaian Semula” yang telah diharamkan oleh beberapa buah pihak berkuasa agama dalam negara kita.

Mengikut fatwa-fatwa tersebut, buku “Hadis – Satu Penilaian Semula” ini “mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam” dan “orang Islam dilarang mengamalkan apa-apa ajaran, pandangan atau fahaman yang terkandung dalam buku itu”.

Di dalam buku “Mencari Jalan Pulang” ini juga, Dr Kassim menulis mengenai betapa beliau tahu beliau “terlindung daripada tangkapan (pihak polis) berkat kerana sikap Dr Mahathir”.

Bila dimaklumkan oleh saya mengenai pendedahan Dr Kassim terhadap pemikiran Islam Tun Dr Mahathir ini, maka kawan saya tadi lantas berkata, “ngeri untuk difikirkan nasib Islam di negara ini jika Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir berjaya memerintah Malaysia”.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

from 1 Malaysia http://ift.tt/2f3jsgv
By Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’

Sekianlah artikel TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’ dengan alamat link https://digoyangkabar.blogspot.com/2017/08/tun-mahathir-tokoh-di-belakang-buku.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’"

Catat Ulasan